Sunday, January 9, 2011

Sweet and Sour Disember

Kenapa Disember Sweet and Sour…?? Sebab masa ni la macam-macam yang berlaku. Yang sweet macam madu ada….yang pahit macam peria ada…yang sour macam limau pun ada. Semua ada!  Kalau yang sweet tu,memang semua orang suka..ya la,nama pun sweet..semua yang berlaku semestinya sweet juga..yang boleh buat orang senyum lebar,ketawa terbahak-bahak sampai cramp perut. Tapi kalau terkena yang pahit..semua yang dibuat pun tak betul..setiap yang orang buat dan katakan buat kita sedih..emo la katakan..hahahaha..
Bulan ni la macam-macam yang berlaku. Nasib baik aku jenis yang dapat handle walau berat macam mana sekalipun masalah. Hahahahaha…wonder girl..peewwwiiiiit! tapi aku still manusia..ada ketika aku rasa give up tetapi time tu juga la aku perlu kuat and big NO to give up..hahaha..ala,masalah kecil..petik jari terus hilang…( ya ka macam tu? ) ahahaha..
Banyak membebel kan ? ahahha..ok..masuk topik terus..soal KEPERCAYAAN..orang selalu cakap,percaya itu penting..big YES! Sebab bila ada kepercayan,setiap yang kita buat pasti success..nilai diri sendiri k..bila kita merancang membuat sesuatu,kita akan berfikir beribu kali..saat itu la kita meragui kemampuan diri,saat itu juga la kita hilang keyakinan diri,saat itu juga la kita merasa takut untuk gagal. Nah! Di sini la PERCAYA pada diri itu berperanan penting. Percaya pada diri dan yakin boleh lakukan,pasti success..gagal atau berjaya itu hal kemudian. Yang penting,buat dulu..gamble lah!  Itu kisah sendiri..macam mana pula dengan kepercayaan dalam sesebuah perhubungan? Tersangat la penting kepercayaan dalam sesebuah perhubungan baik hubungan kawan,hubungan suami isteri,hubungan keluarga,hubungan cinta…semua memerlukan teras kepercayaan untuk terus kekal.  Tidak ada kepercayaan,perhubungan akan menjadi hambar. Tidak ada kepercayaan juga akan menyebabkan hubungan retak. Percayalah,setiap hubungan memang sangat memerlukan pasangan masing-masing percaya dan bukannya menuduh tanpa usul periksa.
Hilang kepercayaan kepada kawan. Ada pepatah mengatakan,ikut hati mati ikut rasa binasa. Memang! Bila kepercayaan itu hilang,berfikir menggunakan hati..dendam la jawabnya. Apa yang kita dapat?? Kosong! Malah kita kehilangan..tapi bila mengikut kata hati,kita tak peduli pun akan kehilangan yang kita alami sehinggalah kita sedar kesilapan yang kita telah perbuat. Menyesal?? Terlambat….kita mungkin boleh minta maaf,tapi mungkinkah maaf kita diterima? Ada kemungkinan maaf diterima tetapi mungkinkah hubungan itu sama seperti dulu?? Tak..semuanya berubah dan tak akan sama. Kenapa? Tanya diri sendiri..orang menyayangi kita..tetapi atas sebab tertentu,kita mengucapkan kata2 yang tak sepatutnya. Kita hilang kepercayaan kepada dia. Kawan dituduh macam-macam tanpa mendengar penjelasannya. Kawan dihakimi dan dihukum dengan perbuatan yang dia tak buat. Kawan dibiarkan begitu sahaja. Kesedihan yang dia alami tiada yang tahu. Sekian lama,baru kita sedar..dia adalah kawan dan adalah salah apa yang telah kita perbuat padanya..hanya dengan ucapan maaf,mampukah menggantikan setiap saat yang dialami penuh kesedihan?? Tak….

No comments:

Post a Comment