Mungkin masih belum terlambat untuk aku mengucap syukur di atas semua yang berlaku dalam hidup aku. Aku takkan berhenti mengucap syukur kerana banyak hal-hal indah yang berlaku dalam hidup aku. Ya memang ada juga masa-masa sulit yang kekadang buat aku berfikir dan cuba untuk faham..terima kasih Tuhan…Terima kasih juga kepada kekawan yang selalu ada masa aku memerlukan teman. Mimi,terima kasih..
Dahulu aku kurang memahami..tetapi sejak hari itu aku memerhatikan dan memahami. Banyak yang aku pelajari dari korang semua..Mimi,Man,Safuan dan Din..entah..Selama ini aku tak pernah pun rasa seperti itu bila buat apa-apa aktiviti tetapi bila bersama dengan kamu semua masa itu..aku rasa aku pelajari sesuatu yang baru dan hal itu membuatkan aku terharu. Baru aku sedar yang hidup sederhana itu lebih indah. Selama ini aku buat semua apa yang aku nak tanpa fikir banyak kali..aku membeli ikut kemahuan bukan keperluan..aku bergembira dengan cara yang salah…terima kasih kerana secara tidak langsung,persahabatan yang baru ini sudah memberikan aku pengajaran dan aku takkan lupa.
Memang kita semua tak sempurna tetapi apa salahnya jika kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Semua kita pernah berbuat salah tetapi masa akan mengajar kita dan kita sendiri yang akan sedar bahawa kita pernah salah dan takkan mengulangi kesalahan itu lagi. Secara jujurnya aku memang banyak berbuat salah. Satu hal,kita tak boleh nak menuding jari kepada orang lain diatas kesalahan kita kerana bukan orang lain yang mengajar kita berbuat demikian tetapi itu atas kehendak kita sendiri. Keinginan duniawi. Kita berbuat silap kerana keinginan duniawi..tetapi berapa banyak keinginan kita di dunia akhirat???
Yang pasti itu adalah akhirat....
No comments:
Post a Comment