Tuesday, April 13, 2010

Kasih ibu sampai ke syurga

Syurga terletak di bawah kaki ibu..ibu adalah segala-galanya bagi setiap anak di dunia. Pengorbanan ibu sejak kita di dalam kandungan sehingga ke hari ini tak mungkin kita dapat membalasnya walau hingga akhir hayat. Ibu menatang kita seperti minyak yang penuh. Semua kemahuan kita dipenuhi. Semua keperluan kita takkan pernah kurang. Siapa lah kita tanpa ibu. Sudah sewajarnya ibu kita diberi penghargaan kerana ibu, kita menjadi seperti hari ini. Walaubagaimana sekalipun kata-kata ibu,kita tidak boleh ambil hati kerana apa yang dia katakan itu memang ada betul nya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya susah..?? Ibu mana? Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya susah.. tetapi anak zaman sekarang sanggup melihat ibu menangis. Tidakkah kita rasa berdosa bila ibu menangis kerana kesalahan kita..??? Janganlah kita berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan ibu menitiskan airmatanya kerana ibu takkan menitiskan airmata melainkan hatinya benar-benar dilukai. 

Jika dulu ketika kita masih bayi,ibu kita menjaga kita dan memberi kita apa adanya kenapa sekarang kita tidak dapat melakukan sesuatu yang boleh membuatkan ibu kita bahagia? Susah sangat ke? Kita perhatikan perlakuan kita..anak yang baik kah kita?? Walau apa pun  yang kita lakukan,ibu adalah yang pertama. Jangan sesekali membelakangkan ibu. 




P/S : I love my mum so much

No comments:

Post a Comment